1.0 PENDAHULUAN.
Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah iaitu bersifat globalisasi dan sepanjang hayat. Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang sukan mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mudah alih untuk menyokong pembelajaran.Perkembangan era globalisasi masa kini memberi impak dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sektor-sektor awam, swasta serta badan-badan berkanun dituntut untuk mengaplikasi dan mempraktikkan ICT dalam bidang pekerjaan kerana ternyata mempercepat dan memudahkan proses pengurusan di pelbagai peringkat.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyahut cabaran ini sebagai usaha untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas. Guru-guru disaran untuk menggunakan strategi ICTdalam sesi pembelajaran agar murid-murid berminat mengikuti sesi tersebut dan mendapat input yang maksima terhadap tajuk yang dipelajari. Kelebihan multimedia selain daripemudahcara ia juga adalah sebagai pengganti atau menyokong kepada pengajaran dan pembelajaran serta sesi latihan yang dikendalikan oleh guru atau jurulatih dalam menyampaikan maklumat kepada para pelajar (Heinich et al, 2002).
Bidang sukan juga tidak terkecuali menggunakan teknologi tersebut untuk menyampaikan sesuatu kemahiran, teknik dan taktikal kepada para pemain. Salah satu perkembangan dunia turut dipengaruhi oleh perkembangan teknologi yang turut memberi impak kepada bidang sukan. Pada masa kini, telah ramai jurulatih mahupun guru–guru dalam bidang sukan mempraktiskan teknologi dalam pengajaran mereka dengan menggunakan teknologi sebagai panduan atau alat untuk melancarkan proses pengajaran serta pembelajaran. Hasil dari kelebihan dan kejayaan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran serta latihan sukan, penyelidik yakin dan percaya ianya dapat disesuai dan diaplikasikan dalam program latihan apa jua sukan di negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan